TIPS KAWAL SUHU DEMAM DENGAN MINYAK PATI

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Ini adalah perkongsian dari pengalaman saya sendiri yang menggunakan minyak pati sejak tahun 2017. Sejak terjebak dengan minyak pati, kemana saya pergi minyak pasti tak pernah tinggal. Saya akan pastikan trio ini WAJIB ada dalam beg. Minyak pati yang lain mungkin boleh tinggal, tapi yang bertiga ni JANGAN TINGGAL. Nak tau kenapa????

Sebab trio ni banyak sangat kegunaannya. Kiranya trio ni wajib ada dan jangan putus stok. Mahal???? bergantung pada cara kita menggunakannya.

Saya guna cuma 1 titik di setiap tapak kaki bila perlu. Bukan la guna setiap hari ye..kalau gini memang sebulan je la dah habis. Macam saya akan guna trio ni serentak waktu badan anak rasa hangat. Bila anak dah tunjuk tanda nak demam, saya akan capai trio ni dan terus sapu kat tapak kaki dan sepanjang tulang belakang anak.

Cara nak sapu tu adalah teknik tertentu juga untuk mengoptimumkan lagi kesan minyak pati tu. Tapi untuk mak-mak yang kejar masa dan tak tau teknik yang betul, sapu je la ikut cara mana pun, yang penting sapu ok.

Ini kita cerita penggunaan minyak pati untuk mengawal panas suhu badan ye. Tapi sebagai seorang ibu, saya tetap akan pantau suhu badan dari semasa ke semasa. Andai kata suhu terus menaik, saya takkan tunggu lama, terus capai PCM dan sua ke anak.

Maria Yusoff
Young Living Consultant


Comments

Popular posts from this blog

KELEBIHAN DAN MANFAAT MINYAK PATI JOY

Kepercayaan Karut Tentang Minyak Pati Abundance Young Living

YOUNG LIVING SUNGAI BULOH : KESAN EO PURIFICATION PADA TELINGA