PARENTING : 4 TIPS PENTING UNTUK ANAK EXAM
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Minggu exam akhir tahun. Ada anak-anak yang dah lepas sengsara exam kan. Alhamdulillah, semoga anak-anak semua berjaya menjawab soalan dengan baik. Anak saya start exam hari Isnin 29 Oktober 2018. Serentak sekolah kebangsaan dan sekolah agama. Alaa...anak saya masih di peringkat baru belajar, dia baru je mula sekolah tahun ni. :-)..
Cerita kat bawah ni adalah saya share dari FB Dr. Rizal (Dr. Otak). Menarik sangat tips yang beliau kongsikan. Korang baca la ye..mudah-mudahan boleh memberikan manfaat kepada korang yang ada anak nak hadap exam tahun ni.
***************************************************************
Cerita pagi. Sedang bersiap ke kelas. Terdengar suara memberi salam. Dijawab salam. Teman akademik rupanya.
.
"Anak aku nak exam tahun ni. Seorang SPM dan seorang lagi PT3. Ada tips?" Ringkas dan padat kenyataan bercampur soalan.
.
"Waktu begini pun perlu beri tips" ujarku cuba berseloroh.
.
"Ya lah. Panas ni. Cepat sikit" desak teman ini tanpa segan silu lagi.
.
Sudah lumrah. Apabila exam besar, ibubapa stres lebih. Anak-anak nampak relaks sahaja.
.
"Tips pada hari exam lah ye. Tak ramai orang bincang bab ini. I bagi tips brain hacking punya. Amacam?" Aku pula lincah berbicara.
.
"Fuh power ni brain hacking. First time dengar." Balas teman ini sedikit teruja.
.
"Ok tulis. Pagi exam jangan tinggal sarapan. Beri anak makan:
.
1. Segenggam blueberry
2. Dua biji telur setengah masak
3. Separuh avocado. Lenyek letak atas roti.
4. Air masak 2 liter. Diminum setiap 20minit. Sedikit sahaja setiap kali teguk. Minum masa jawab exam. " panjang pula tips.
.
"Macam mana dapat salin?" Soalku.
.
"Dapat- dapat. Kalau buat sekarang tips ni ok tak?" Soal teman ini lagi.
.
"Lagi bagus. Yang penting buat. Kesannya menakjubkan. Ini Tips Brain Hacking."
.
"Ok terima kasih. Kena buat. Kita pun boleh kan?" Soal beliau lagi.
.
"Sudah semestinya" kataku sambil tersenyum
.
#DrOtak
#Neuroversiti
#cocoOCOC
****************************************************************
Selain daripada tips yang Dr. Rizal kongsi tu, korang boleh juga guna essential oil untuk membantu anak-anak yang nak hadap exam tu. EO yang boleh digunakan seperti Cedarwood, Frankincense, Rosmery, Orange, Peppermint, Clarity, Motivation dan ada lagi la.
EO yang paling basic dan murah yang boleh korang guna adalah Cedarwood dan Orange. Membantu untuk boost focus, membantu peredaran oksigen ke otak. Pakai setiap malam (sapu pada ibu jari kaki) untuk membantu tidur yang lebih lena dan bangun pagi yang lebih mudah dan menenangkan.
Orange pula meningkatkan mood gembira waktu bangun pagi untuk ke sekolah. Apabila berada dalam keadaan mood yang happy, inshaaAllah hari yang dihadapi lebih mendamaikan hidup.
Tetapi, apa yang penting adalah niat dan kebergantungan kita kepada Allah. Percaya kepada Allah untuk membantu segala urusan kita pada hari itu akan dipermudahkan. Berdoa untuk kejayaan dan ketenangan hati anak-anak semasa menjawab sebarang soalan. EO hanya sebagai ikhtiar buat kita, selebihnya serah kepada Allah untuk menentukan segalanya.
Sekian.
-maria yusoff-
Comments
Post a Comment