Lemon : Kebaikan dan Manfaat

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

"Alahhh...Lemon je pun..beli buah je pun ok"!!!

Betul lah tu, banyak buah lemon yang ada kat pasaran kita. Pergi je la pasar ke kedai....nak besar lagi pergi pasaraya..banyak buah lemon boleh beli.

Tapi ni nak cerita pasal Minyak Pati atau orang lain panggil Essential Oil. Kenapa kena tau pasal minyak pati ni? Sebab minyak pati atau EO ni manfaat yang kita boleh dapat sangat banyak lebih-lebih lagi untuk tujuan emosi.

EO Lemon adalah EO yang paling biasa atau kata paling basic kena tau untuk semua pengguna dan bakal pengguna tegar minyak pati. Kenapa???? Sebab EO Lemon paling banyak dan akan lebih kerap digunakan terutamanya keluarga yang ada anak-anak kecil.

EO Lemon Young Living ni bukan dari Jus..tapi daripada kulit buah lemon yang diproses menggunakan kaedah cold press. Sebab itu la kalau bau terus dari botol, aromanya lebih tajam dan perit sikit kat hidung...macam ada bau pahit-pahit sikit..sebab kulit kan pahit. 

Fakta : sebanyak lebih kurang 75biji buah lemon diperlukan bagi mendapatkan sebotol EO Lemon yang bersaiz 15ml.

Bau EO Lemon adalah segar, rasa bau yang bersih tau. Perasan kan, banyak produk penjagaan rumah mesti ada yang perisa ataupun menggunakan paste lemon.

Lemon ni salah satu kebaikannya adalah dapat nyah kan bau busuk, tingkatkan kebersihan dan menyuntik rasa yang ceria dalam rumah. Lemon juga bertindak adalah antara bahan utama dalam beberapa produk penjagaan diri dan juga rumah. 

Young Living juga mengeluarkan EO Lemon yang boleh digunakan untuk tujuan kegunaan dalaman. Maksudnya minyak pati yang boleh dimakan. EO Lemon ni di labelkan sebagai Flavoring yang mana sesuai digunakan dalam masakan dan juga minuman.

Bukan sahaja bertindak sebagai perasa makanan dan minuman, tetapi kaya dengan sifat antioksidan dan pembersihan yang membantu menyokong kesihatan sistem imunisasi.
Feedback dari pengguna

"Because you deserve the best" 

Maria Yusoff 
Young Living Consultant 


Comments

Popular posts from this blog

KELEBIHAN DAN MANFAAT MINYAK PATI JOY

Kepercayaan Karut Tentang Minyak Pati Abundance Young Living

YOUNG LIVING SUNGAI BULOH : KESAN EO PURIFICATION PADA TELINGA