MUDAH MARAH ADALAH SALAH SATU MASALAH EMOSI




Antara perkara yang berkaitan dengan emosi yang tidak stabil adalah mudah marah. Tak boleh salah sikit, cepat je nak melenting. Emosi yang sebegini kalau tidak dikawal menyebabkan banyak perkara buruk boleh berlaku. Marah yang tidak dikawal boleh mengakibatkan sesorang itu hilang kawalan diri dan juga mampu mencederakan orang lain.  Pentingnya mengawal emosi dalam kehidupan dapat mengelakkan perkara-perkara buruk daripada berlaku.

Ada banyak sebab boleh menyebabkan kita mudah marah seperti kecewa, tersinggung, terasa hati, mentruasi, menopouse, kurang tidur, penat dan pelbagai lagi. Bagi mengatasi masalah mudah marah ini, terdahulu kita kena kenal pasti apakah punca yang menyebabkan kita mudah marah.  Selepas mengetahui punca sebenar, baru lah kita mengambil langkah untuk merawat.

Terdapat juga pelbagai cara untuk mengatasi perasaan mudah marah seperti melakukan aktiviti yang kita suka.  Selain daripada aktiviti fizikal, digalakkan juga menggunakan aroma daripada minyak pati yang khusus untuk membantu seimbangkan emosi.  Sekiranya anda mempunya pembaur (diffuser), dicadangkan untuk diffuse minyak aromaterapi yang sesuai untuk tempoh 30 minit hingga 1 jam dan lakukan sebanyak 3 kali untuk sehari.

Sewaktu diffuse berlangsung, pastikan anda bertenang dan lakukan teknik pernafasan yang teratur.  Sebagai seorang muslim, anda digalakkan untuk berzikir kerana Allah juga yang maha besar.  Sekiranya anda beragama lain, anda boleh bermeditasi untuk memberikan anda ketenangan dan seterusnya melepaskan perasaan marah anda dengan cara yang baik.


Maria Yusoff
'Essential oil, bukan sekadar minyak'
 ----------------------------------------------------------------------------------------

 

Comments

Popular posts from this blog

KELEBIHAN DAN MANFAAT MINYAK PATI JOY

Kepercayaan Karut Tentang Minyak Pati Abundance Young Living

YOUNG LIVING SUNGAI BULOH : KESAN EO PURIFICATION PADA TELINGA