PARENTING : 4 TIPS PENTING UNTUK ANAK EXAM
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Minggu exam akhir tahun. Ada anak-anak yang dah lepas sengsara exam kan. Alhamdulillah, semoga anak-anak semua berjaya menjawab soalan dengan baik. Anak saya start exam hari Isnin 29 Oktober 2018. Serentak sekolah kebangsaan dan sekolah agama. Alaa...anak saya masih di peringkat baru belajar, dia baru je mula sekolah tahun ni. :-).. Cerita kat bawah ni adalah saya share dari FB Dr. Rizal (Dr. Otak). Menarik sangat tips yang beliau kongsikan. Korang baca la ye..mudah-mudahan boleh memberikan manfaat kepada korang yang ada anak nak hadap exam tahun ni. *************************************************************** Cerita pagi. Sedang bersiap ke kelas. Terdengar suara memberi salam. Dijawab salam. Teman akademik rupanya. . "Anak aku nak exam tahun ni. Seorang SPM dan seorang lagi PT3. Ada tips?" Ringkas dan padat kenyataan bercampur soalan. . "Waktu begini pun perlu beri tips" ujarku cuba berseloroh. . ...